Hari ke-7 merupakan hari terakhir 9th Cheonan World Dance Festival. Misi terakhir kami di bumi Korea ini untuk membawa kemenangan kepada kontinjen Malaysia pada festival kali ini. Hari kami bermula seawal jam 7 pagi dimana persiapan telah bermula untuk persembahan kami yang terakhir di sini.
best ke bangun awal2 pagi kena make up?? lalala
aktiviti di atas bas sepanjang perjalanan ke Homeplus
Pada jam 10.30pagi, kami bertolak ke Homeplus untuk menikmati makan tengah hari. Hari ni terpaksa lunch awal sbb show pada hari ini bermula jam 1 ptg..so terpaksa la lunch awal sikit. Lokasi restoran untuk kali ini adalah bertempat di ASHLEY : American Grill & Salad. Menu untuk hari ni adalah Western..antaranya adalah Broccoli Soup, Wild Mushroom Soup, Cheese Cake, Brownies, dan macam2 lagi la..aku pun xtau sngt nk sebut nama2 mknn western ni..tibai ja semua plus makan buffet, sumpah makan bnyk gila sampai mengah..hehe
sekali lagi kembali ke Homeplus
Lokasi Lunch
decoration yang stylo..
ni baru mesra pelanggan..hehe
Broccoli Soup & Wild Mushroom Soup
pilihan hati..hehe
Dalam jam 12 tgh hari, kami pun bertolak ke Cheonan Samgeori Park untuk Semifinal yang terakhir. Pada petang itu, sebanyak 31 negara yang bertanding akan membuat persembahan untuk merebut 10 tempat ke Final pada malam nanti. Rutin UPAG pada hari adalah seperti hari-hari yang sebelum ini so mcm x dak bnyk sngt nak story kot...heheh..kalo x tau boleh la usha post2 sblm ni..hehe
Cuma yang agak berbeza sikit adalah persembahan dari kumpulan2 tempatan...kalau di Malaysia anak muda saja yang beraksi di pentas, tapi di sini keadaannya agak berbeza. Makcik2 yang sudah berumur pun masih bergiat aktif dalam seni tari dan bukan salah 1 atau 2 group, malah terdapat beberapa group yang berbeza yang disertai oleh golongan2 tua di sini..kalo kat Malaysia makcik2 tua menari, mmg kena kutuk la..hahah
Cheonan Samgeori Park Main Stage
List negara yang bertanding (No 11: Malaysia)
Walaupun tua tp still fit beb..heheh
terjumpa dgn group cosplay..hahah
gadis-gadisan dari Tanah Besar China
cewek2 dari Indonesia..
jejaka Filipina yang menjadi kegilaan gadis2 Malaysia..haha
gadis pilihan yang memikat hati..hehe
last cheers sblm on stage buat kali terakhir..
Lepas membuat persembahan 2 kami lepak sebentar untuk melihat persembahan dari negara lain..sbb nak balik resort pun x boleh sebab kena tunggu sampai malam untuk Closing Ceremony. Disebabkan cuaca pada hari ini mmg sngt2 panas, kami dibekalkn dengan topi kertas..hahah...mula2 nampak cam bodo ja pakai tp dh panas punya pasal..sesah ja..semua org pun pakai..hahah
cool x topi??? hahah.
Selepas habis persembahan pada ptg itu, kami semua kembali ke bus untuk menunggu keputusan pihak juri. Dalam pukul 5 lebih mcm 2 kot, kami mendapat berita bahawa team Malaysia tidak dapat memasuki peringkat final..apa nak cakap lagi kan..dah x dak rezeki..at first aku rasa mcm agak kecewa gak la sbb sblm2 ni banyak jugak team yang kagum dgn persembahan team Malaysia yang unik..pujian2 ni semua at first mcm memberi sedikit harapan kepada kami untuk menjulang kemenangan..hehe..tp nak buat cmna, keputusan di tangan juri..so mcm mana pun kena terima gak la..tapi yang penting kami dh buat yang terbaik di sana dan aku rasa dah cukup bertuah dah kami dapat membawa nama Malaysia dalam bidang seni dan kebudayaan di mata dunia...hehe
Finalist for 9th Cheonan Dance Festival
Team2 yang berjaya melangkah ke final adalah Kosovo, Slovakia, Indonesia, Tuva, Guam, Philipines, Mexico, Poland, Russia, Uzbekistan. Daripada 4 team dari Asia Tenggara, hanya Indonesia dan Filipina yang berjaya ke peringkat final..ok la 2 kn..at least ada wakil Asia Tenggara..heheh..kalo nak diikut, Tuva, Philipines, Mexico, Uzbekistan mmg termasuk dlm jangkaan aku pun yang akan masuk ke peringkat final..sbb kalo nak dibanding taraf UPAG dgn team2 lain..mmg beza jauh gak la..hahah..mau x beza, negara2 lain antaq National Dance Group kot..hahaha..kalo x terer gak aku x taw la..hahah
Bayanihan (Philippines)
Guam
Indonesia
Mexico
Poland
Sementara menunggu untuk Final dan Closing Ceremony pada sblh malam, kami just lepak ja la dekat dlm bus sbb kat luaq mmg sejuk kaw2..nak balik x boleh ada sesetengah dancers terlibat dlm rehearsal untuk closing ceremony pada sblh malam nanti..so lepak ja la kat situ dgn perut yang mmg lapaq gila..hahah
rehearsing for closing ceremony
eh..team Malaysia..haha
Walaupun pada malam hari ni ada Final Battle between 10 negara 2..tapi kami x p tgk pun..hahaha..kecewa.. hahah..xdak la kecewa sngt pun sbb dah hari2 dh tgk tarian yang sama, x larat la nak tgk lagi...plus cuaca kat luaq sejuk gila..mcm nak beku dh..last choice lepak dlm bas la sbb ada heater..hahah..
After that masa Closing Ceremony baru lah kami bergegas ke main stage untuk kali terakhir di sana..hahah..nak p pun sbb nak tau sapa champion sebenarnya..hahaha..plus team Malaysia menang 1 award kot!!!!! Best Team Award for Street Parade!!!! Clapx3....dapat la jugak mengubat sedikit kekecewaan x dpt masuk final..hahaha...1st time join dah boleh menang award kot...kira ok la kan..hehehe
Closing Ceremony
WoW!!!! Best Team Award!!! Ko Hado??
Jangkaan kami untuk Champion kali ini memang tepat apabila Philippines dinobatkan selaku Champion for 9th Cheonan Dance Festival!!!! Clapx3!!! Tempat Kedua pula dimenangi oleh Uzbekistan manakala Tuva merangkul tempat Ketiga.. x cukup lagi dgn champion, salah seorang penari Philippines, Ina Feleo memenangi Best Female Dancer manakala Best Male Dancer dimenangi oleh penari dari Poland...tahniah kepada semua pemenang!!! wuhuu!!! (ada pic best female dancer ja, yg best male dancer x jumpa..haha)
Ina Feleo (Philippines) : Best Female Dancer
Maka berakhirlah sudah perjuangan kami di bumi Korea ini, lepas closing ceremony kami pun pulang ke Huracle Resort untuk berehat dan untuk makan malam sbb sekoq2 dah menggelupoq lapaq..hahaha...Menu dinner pada malam ini adalah Toppokki..aku pun xtau nak describe cmna Toppokki ni tapi rasa dia mmg sedap..hahah..lepas dinner mcm biasa, cuci make up yang dipakai dari pagi tadi sampai la tgh mlm..hahah...after that tidoq la sbb keesokan harinya kami akan ke Seoul!!!! jyeah!!!! maka berakhirlah hari ke-7 kami di Cheonan.
Toppokki
Oh Lupa!!! sebelum 2 nak kena story sikit...aku dapat souvenir dari gadis China dan Mexico wey!!!! kecewa gila td x join bdk2 yg take part dlm Closing Ceremony sbb ada gadis China yang cun melecun cari aku semata2 nak bagi souvenir...siap tunjuk gambaq aku lagi kat Fazly ngn Daus sbb nak bagi souvenir 2...argh!!!!! ini kisah benar beb..gua x tipu... (gambar awek 2 ada kat atas, baju merah seluaq biru)..yang souvenir dari Mexico 2 aku dapat masa dh smpi kat Huracle Resort..hahaha..ok dah habis..bye!!!!
souvenir dari China
souvenir dari Mexico
2 comments:
congratulation!!!
bangga dgn korang
thx izzi!!!!
Post a Comment