Nov 9, 2011

Lagenda Budak Setan di Pangkor

Pada cuti Deepavali yang lepas, aku, bern, kecik, sapek, hamka, semang, fazly dan hazim telah menghabiskan cuti Deepavali kami di Pulau Pangkor disebabkan x dpt balik cuti di kampung halaman kerana mlm 2 kami ada practice..hehe..actually plan asal adalah nak buat family day UPAG, tapi sbb ramai yang x available, so tinggal la 8 jejaka tampan yang meneruskan aktiviti kali ini..hehe..Ini adalah kali ke-3 aku sampai ke Pulau Pangkor walaupun dh dekat 5 tahun dh ak dok kat UTP ni..hehe..


Mengikut perancangan sepatutnya kami patut bergerak dari UTP seawal 6.30 pagi, tapi last2 7.30 pagi baru bertolak..hehe..Kami bergerak ke Jeti di Lumut dgn menaiki 2 buah kenderaan milik Kecik dan Hazim..Lebih kurang jam 8.15pagi, kami pun selamat tiba di sana..after that terus beli tiket feri yang berharga RM10 (pergi balik)  untuk setiap orang...disebabkan feri akan bertolak jam 9 pagi, so kami pun breakfast sebentar di warung berdekatan untuk mengisi perut yang sedang berdangdut rancak..


Selepas breakfast kami pun menaiki la feri untuk ke Pulau Pangkor..perjalanan kami untuk sampai ke jeti di Pulau Pangkor mengambil masa selama 45 minit, dan terdapat 2 buah jeti yang menjadi pit-stop feri tersebut..jeti pertama adalah untuk local people (penduduk Pangkor) manakala jeti kedua adalah untuk pelancong yang singgah ke sini.  



Setelah sampai di Terminal Jeti Lumut, kami pun menyewa sebuah van untuk ke Teluk Nipah..harga untuk menyewa sebuah van adalah RM20 dan kapasiti van adalah 8 orang..selalunya banyak penyewa yang menyewa motosikal di Pulau Pangkor ni dan harga untuk sebuah motosikal adalah RM30 untuk sehari kalau x silap aku..untuk mereka yang ingin menetap di Pulau Pangkor selama beberapa hari, saranan aku adalah menyewa motosikal kerana kalau nak dikira balik adalah lebih murah dan mudah untuk bergerak ke mana2..tapi kalau one day trip, van dah cukup dh..hehe



Setelah sampai di Teluk Nipah, kami terus memulakan aktiviti watersport kat cni..kat cni bnyk gak service utk  watersport ni dan harga pun lebih kurang ja..so kena pandai2 kawtim la dgn brother2 kat sana..hehe..1st aktiviti kami adalah Snorkelling..harga untuk seorang sepatutnya adalah RM10 tp dah kawtim2 dapat la seorang RM8..thx to brother dari Giam Island Watersport..hehe

gogle ni kalau hilang kena byaq RM80 wey..


Activiti snorkelling ini terletak di Pulau Giam dan Pulau Giam ni mmg famous dgn lagenda batu buaya..hahah..actually batu yang berbentuk kepala buaya ja pun...secara kebetulan ja..haha..agak lama gak la kami lepak snorkelling kat sini..lebih kurang dalam 1 1/2 jam gak kot...heheh

Giam Island

lagenda batu kepala buaya..haha

tetap cool wlupun tgh pijak batu2 tajam..lalala

Disebabkn kami x bwk roti untuk bagi ikan makan, so just tgk ja ikan2 berenang..haha..plus bnyk jugak sea cucumber kat dasar laut 2..1st time aku pegang mmg agak geli la tp dh 2 3 kali pegang mcm best ja..tp yg x best bila dia kuaqkn getah...jenuh nak cuci..hahah

Dah penat2 snorkelling kami pun naik la ke pantai untuk berehat sebentar sblm melakukn aktiviti jungle trekking..sebelum tu kami sempat gak lunch sebentar kat situ...jgn terkejut..kat pulau tgh2 laut ada burger stall..hahah...nama gerai tu adalah Island Burger..tp harga burger kat sni agak mahal la sbb tgh2 laut..haha..disbbkn lapaq pny pasal..kami pun bedal la seorang sebijik burger..haha

 Island Burger

makan lu...

dah puas mkn main dlu..hehe

After that dalam pukul 12 tgh hari kami pun memulakan aktiviti jungle trekking ke Coral Island...x jauh mana pun, just panjat bukit untuk ke side yang lagi satu kat pulau ni..hahah..dlm 15 - 20 minute cam2 sampai kot...heheh..tp disebabkan sebelum kami sampai Pangkor 2 hujan sekejap, so trek agak licin dan better pakai kasut la kalo nak naik..hehe..xmau pki kasut pun boleh..mcm kami buat..hahaha


Actually kat Coral Island ni xdak apa pun, just untuk orang mandi manda ja..hahaha..tapi kalo malam best la..sbb ada BBQ plus "reggae party" kat sni..disebabkan kami kat cni 1 hari ja..so x sempat la aku nk merasa..haha...lepas dh puas berendam kat cni, kami pun kembali ke Teluk Nipah untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu Banana Boat..hehe


Harga untuk bermain Banana Boat adalah RM15 seorang, setiap ride tu mempunyai 2 pusingan besaq and boleh request nak jatuh ka x..kalo nak best buat jatuh la..1st skali jatuh kat tengah laut...kpd yg x reti berenang mcm aku ni, jgn risau sbb xkn tenggelam pun..hahah..sia2 ada safety jacket...2nd time jatuh adalah dekat2 dgn kawasan pantai..after that pandai2 la berenang sampai tepi pantai..hahah..

Maka berakhirlah aktiviti watersport kami pada hari itu sbb time tu dh tgh hari around 1.30 ptg cm2..so better naik ke darat la sbb dh panas terik..haha...after that kami ke salah sebuah chalet yang terdapat kat cni untuk membersihkan diri...after that kami lunch buat kali kedua..menu utk 2nd lunch adalah Nasi Ayam + Cendol..harga boleh tahan gak la..dalam RM6 sorang kot..biasalah kat pulau2 cmni..hehe

After that ingtkan dah nak balik dah, tp ada plak yang nak merasa Island Tour...so layan ja la kn..haha..harga untuk Island Tour adalah RM80..basically RM10 sorang sbb van tu muat 8 orang ja...tp kena pandai kawtim la untuk dpt harga murah...kdg2 boleh dpt dlm RM60 ringgit ja..kami dapat RM64 sbb dia kira RM8 utk sorang...so layan ja la..lgpun aku x pernah pun pusing 1 Pulau Pangkor ni..haha

Antara kawasan2 yang termasuk dlm Island Tour ialah:
  • Teluk Dalam - kat cni just bnyk chalet2 dgn resort ja pun...totally different dgn Teluk Nipah..kalo nak suasana yang peace..boleh la lepak kat chalet2 or resort2 kat Teluk Dalam ni..antara chalet / resort yang terdapat kat cni adalah Teluk Dalam Resort, Pangkor Island Resort...
  • Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin - kalau kat pulau2 mmg tempat2 cmni la yang femes..hahah... sotong kering, ikan kering, semua bnda yang kering semua ada kecuali osman kering..lalala
  • Fu Lin Kong Chinese Temple - kat cni ada ikan arowana Amazon River seberat 60kg..besaq dia xyah ckp la...mula2 kami x percaya ada, last2 tgk sndri bru terkejut..haha...selain dari ada jugak kolam kura-kura, aku x tau apa significant kolam kura-kura dkat temple sbb kat Kek Lok Si Temple kat Penang pun ada kolam kura-kura gak..hehe

dalam kolam ni ada ikan arowana gergasi..hehe

ada replica Great Wall of China gak

terjumpa suraya chapiti skali..haha
  • Dutch Fort - terletak di Kampung Teluk Gedung dan dibina oleh Belanda pada tahun 1670 utk menyimpan bijih timah yg diperoleh dari negeri Perak...kalo nak tulih sejarah psl tmpt ni mmg pnjng la, so kalo rasa nak tau boleh refer kat sini.


Maka berakhirlah sudah pengembaraan sehari kami di Pulau Pangkor, dalam jam 5.30 ptg, kami pun menaiki feri utk pulang ke Lumut sebelum bergerak pulang ke UTP..sebelum itu, kami singgah sebentar di McD Manjung untuk early dinner.


TAMMAT

2 comments:

oyenks said...

Tersusun betul entry ko kim. Siap color semua. Peranggan.
Aku ni memang dasar pemalas suka main taip je. Haha

Hakim KOT said...

karangan budak skolah..x melebihi 350 patah perkataan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management