Jan 3, 2011

bajet-karyawan-buat-lirik-boria

beberapa hari lepas ak dpt msg dari black...dia mntk tlng ak buatkn lirik boria utk dia...sbb pak cik dia mntk tlng utk buatkan boria perpisahan utk sorang staff kat tmpt die keja 2..so berbekalkn ayat "hng kn cucu Pak Lah, xkn x reti kot " dari black 2..so ak pun dgn muka bajet-karyawan-seni-boria pun terima la lamaran black..ok stop..sapa Pak Lah 2??? kalo nak taw klik kat sini, sini atau sini...ok bersambung kepada cerita psl permintaan black 2...btw black, tq bebnyk sbb bg ak buat lirik ni..mmg dh lama cadang nak buat lirik boria..tp xdak idea..haha...

sblm 2..jom usha skit apa bahan yang ak dpt dari black..

Nama Kumpulan Boria = BEB <----Boria Ekonomu Baru
Majlis Sempena Persaraan Ketua Setiausaha Kem Sumber Manusia (KSU)
Di Place Golden Horses.
Hint Boria: 
yang baik
Ksu org yang segak dan tampan, tinggi handsome
org tegas dan penjimat (perkira, kedekut).
Dasar ETP (economic transformation plan)
rajin, dan pintar. berwawasan.
nak pekena
suka cakap rubish, rubish, rubish.....
kalau nak berkurus hotel resort tak boleh.....yang boleh hanya adtec, niosh (bangunan kerajaan)
bab duit memang cermat. "value for money".
yang lain tu common untuk org bersara..
thank you


Setelah perah otak selama 4 jam, ni la hasilnya..

Boria Perpisahan R. Segarajah

Kalimah bismillah bermula kata
Alhamdulillah bersyukurlah kita
Perihal perpisahan tajuk cerita
Boria
Ekonomi Baru membawa berita.

Boria kami bukan nak mengata,
Telah menjadi biasa di merata-rata,
Kita kata orang, orang pula kata kita,
Bukan menyinggung, cuma nak bercerita.
Kisah bermula di sebuah negeri,
Kementerian sumber manusia lokasi dicari,
Ketua Setiausaha jawatan diberi,
KSU R. Segarajah bijak bestari.

Gayanya segak tampil berseri,
Orangnya tampan tinggi tak terperi,
Sikapnya tegas buat kami gigit jari,
Itulah KSU yang kami cari.

Dasar ETP menjadi fenomena,
KSU pintar bertarung di pena,
Berwawasan tinggi bijak bisana,
Dasar kerajaan kini terlaksana.

KSU suka berjenaka seloka,
Topic perbualan merepek belaka,
Ada yang mendengar ada yang tak suka,
Mungkin terhibur mungkin juga murka.

Bukan kedekut tapi berjimat,
Cerita bab duit memang nak cermat,
Berkursus di hotel, resort tak selamat,
ADTEC, NIOSH menjadi penyelamat.

Setiap yang datang perginya pasti,
Kisah jejaka yang baik hati,
KSU R. Segarajah sudahlah pasti,
Warga KSM turut mengingati.

Akhir karangan menyusun jari,
Cerita kami yang tidak terperi,
Salah dan silap tanpa disedari,
Ampun dan maaf pohon diberi. 
 
  • rangkap pertama dan akhir 2 ak dapat idea dari nukilan boria OMARA ataupun Omar  Hashim...kalo x kenal sapa OMARA ni boleh usha kat http://mamutanjung.blogspot.com/ atau http://warisanboria.blogspot.com/
  • abaikan tulisan warna merah 2..yg 2 akan diedit oleh penyampai boria ni nnt..
  • sorry kalau nukilan ni x berapa puitis sbb ak mmg x reti ayat2 sastera ni..haha

3 comments:

Anonymous said...

salam..bro...cantik lirik lagu neh..bz x.. ingat nk mintak tolong gak..hehhhe...lau xbz nak mintak tolong buat..1 gak hehhe..dlm ms scepat..

Hakim KOT said...

maaf lambat reply...wat masa skrng ni agak bz la..sbb teringat dgn study kat UTP ni..huhu..tp kalo ade request ke ape2..boleh dibawa discuss..heheh..

Hakim KOT said...

typo : teringat = terikat*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management