Jun 21, 2010

Bintang Malam

Semalam,
aku melihat bintang di langit,
tetap bersinar di dalam kegelapan,
tapi ku tahu ianya bukan milikku.

Hari ini,
ku berlari jauh,
berharap ianya tidak akan ku temui,
agar ku dapat padamkan angan-angan kosong,
untuk cuba menggapainya buat berulang kali.

Namun,
dimana jua ku berada,
kau tetap bersinar tanpa jemu,
memberi harapan untukku terus mencuba,
untukku menggapai bintang di syurga.

Adakah,
harapan itu benar atau palsu?
Hingga kini aku masih mencari,
jawapan yang tak mungkin ku miliki.

2 comments:

Faive said...

lei seong sei mo?

reditumerah said...

sa kak pin yao mo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management