Mar 30, 2011

Anak Singa Dalam Bilik!!!!!

Material : Inai Hitam
Cost : RM 10
Location : Pocket D, UTP

Mar 29, 2011

Kumpulan Gitar Rancak

Kumpulan : San and The Boys
Pengurus : Ajim Si Pengoreng Kayu Bertali Enam

Ahli Kumpulan:
  1. Hui San - Penyumbang Lagu
  2. Hamka - Penyumbang Lagu
  3. Ajim - Si Pengoreng Kayu Bertali Enam Utama
  4. Neo - Si Pengoreng Kayu Bertali Enam Kedua
  5. Hakim - Penampar Empat Tali Gemuk
  6. Bear - Tukang Ketuk Tong
  7. Wei Shin - Penekan Papan Kekunci Hitam Putih
  8. Chuan Hong - Penggesek Kayu Kecil Bertali Empat
Sebenarnya plan dah wujud sejak dari aku 1st year 2nd sem lagi, time 2 aku baru kenal dgn ajim si pengoreng gitar yang merupakan senior ak kat UTP 2..time 2 bilik ak bersebelahan dengan dia...masa 2 x tau pun yang dia ni main gitar gak..so lepas lepak bilik dia baru la tau mamat ni kaki Metallica gak..haha..aku layan gak tp xdak la hardcore mcm ajim ni..kalo boleh semua lagu Metallica dia nak cover..hahaha..

masa baru2 kenal 2 dia mmg slalu ajak kalo ada free time nak jamming skali, tp last2 x jamm pun sampai la kami final year..baru terhegeh-hegeh nak msuk studio jamming skali..1st time gua tgk dia goreng mmg gua salute la..hehe..so lepas beberapa session dkat studio..so kami dah decide nak tubuhkan sebuah band untuk Euphonious kali ni sbb kali ni last time dah leh join Eupho..pasni grad dh..hahah..

Plan dimulakan dengan mencari ahli2 pasukan, hasilnya kami dpt 8 org pemuzik termasuk penyanyi..hahah..ajim tarik bear, wei shin ngan hui san, ak lak tarik neo, hamka ngn chuan hong..tp sbnrny chuan hong ni hui san yang yakinkn dia untuk join..hahah..maka bermulalah sebuah episod dimana kami buat meeting..siap bwk notebook lg beb..haha..ada la jugak dlm 2 3 kali meeting dan satu sesi berkaraoke bersama penyanyi sbb x penah dgar pun 2 2 vocalist 2 nyanyi..after sesi karaoke 2 mmg bagi impak la untuk kami nak cari lagu yang sesuai untuk dibawa time Eupho nanti..heheh

At first mmg susah gak la nak pilih lagu compulsory sbb lagu2 stok karok beb..nak melalak dalam bilik karok 2 boleh la..nak bwk live..tercirit beb..hahah..tp berbekalkan dgn pengalaman serta sesi beryoutube dan berkarok..maka kami pun dapat la decide untuk lagu nak bwk nnt..agak susah la kali ni dlm pemilihan lagu sbb lagu2 yang dipilih, bukan mcm eupho yang lepas ak join..senang sbb ada Guitar Pro..hahaha...xyah susah nak cari chord/notes/score (ak x sure perkataan mana yang sesuai..hehe)..kali ni kena cari sendiri la..kena layan lagu2 2 sampai high bg feel then kena come out with the suitable notes yang sesuai dgn suara penyanyi...actually ak x start lagi pun..ak bukan pro..so kena start buat awal2 la..nnt sng nak practice..heheh..

So kepada sapa2 yang nak tau kami main lagu apa, nnt jgn la lupa mai tgk prelim eupho..free ja pun  kalo nak tgk..x kena duit mcm Konsert Justin Bieber..kalo x pun at least mai la tunjuk muka bagi semangat kat mmber2 yang on stage wlupun dalam hati rasa macam (buang masa ja ak mai tgk)..hahaha..

Adios!!!

Mar 24, 2011

Take It or Leave It

Be careful, O Muslims! we are not all on the same level, that non hijabi sister you see, has memorized the Quran front to back. She makes Tahajjud everynight, and cries in her salah every morning, she loves her lord and his messenger, but you choose her one fault of not wearing hijab to degrade her? Do you not know, O Muslim? When her deeds are brought in front of Allah, some of YOURS will go with her as well, because you chose to backbite her, your own words will be against you and Allah shall say “Today, you are enough of a witness against yourself”


Mar 22, 2011

The Clown


"Don't tell your parents about all of your achievement,
unless it is about your academic."


"Don't remember me as too nice or beautiful or funny,
 because then you'll be disappointed. "  
Celia Johnson


Mar 12, 2011

A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad


Product Details
ISBN-13 : 9789675997228
Publication Date : March 2011
Publisher : MPH Group Publishing
Format : Hardcover , 844pp
Price : RM100

In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia, Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.

This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir’s extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bête noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.

At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why.

About Author
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ( born 10 July 1925) (Jawi:محتير بن محمد) was the fourth Prime Minister of Malaysia. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia's longest-serving Prime Minister, and one of the longest-serving leaders in Asia. Mahathir's political career spanned almost 40 years, from his election as a Malaysian federal Member of Parliament in 1964, until his resignation as Prime Minister in 2003.



Mar 11, 2011

Metallica Wannabe #2


Pada hari isnin lepas, ktorg telah pergi jamming untuk kali 2 pada sem ni...nak dimulakan cerita..ktorg g jamming ari isnin pukul 8 mlm...abg studio 2 gila babeng terkejut sbb mane la ade org jamming kul 8 mlm..tp disebabkan Bear ade meeting kul 10 mlm 2..so ktorg pegi la awal jamming...

This time jamming ktorg still bwk influence2 Metallica..hahaha..ak mmg fail la kali ni sbb lupa bnyk gile bassline..mmber2 ak siap goreng kaw2 pas2 ak lupa g lupe bassline..sumpah bunyi terus cam gampang dlm studio 2..sorry mates, next time xde dh camni..hahahah..gua ikhlas mntk maaf ni..heheh

Line up kali ni plak lain skit...tambah pakok sbgi vocalist ktorg..hahaha..ajim(lead), neo(2nd guitar), bear(drum), hakim(bass)..ala..bwk lagu2 metal ni just untuk jamming je..bukan utk battle pun...so vocal bantai je la..jnji puas aty..gua tgk ajim, lead guitarist ktorg dh peluh kaw2 goreng gitar die 2..hahah..lu mmg terbaik la ajim, x psl2 gua kne maki hamun ngn lu sbb gua lupa bassline time lu tgh high..hahaha..

sebenarny band ktorg ni ade vocalist baru..hehe..yg ni bukan untuk main2..untuk battle punya..mamat ni nama hamka..mmber aku gak lam group sorority..hahaha...dah lame gak ak kenal mamat ni..sekali ak offer die untuk jadi vocalist band ktorg..die slumber je terima...so ak pun layan je la..ari 2 time bwk hamka g jamming 2 kesian ak tgk die sbb die x lyn metal..hahaha..dok je sorang2 kat sofa 2 sambil main hp die..xpe hamka, next time jamm ktorg bwk lagu ko plak..hahah..list dh ade dh...mmg jiwang kaw2 la gua ckp sama lu list lagu hamka ni..hahahaha

Stakat 2 je update untuk kali ini, next post psl the whole new line up band untuk Euphonious plak..insyaallah..chow adios!!!


Mar 7, 2011

jangan bermain dengan api..lalala



Ke hadapan saudara dan saudari yang dihormati, berikut adalah ulasan dan pandangan terhadap artikel anda :

Fesco tidak akan dianjurkan lagi?

Desas-desus mengenai fesco tidak akan dianjurkan lagi untuk tahun hadapan semakin bertiup kencang.Berdasarkan pengalaman 2-3 tahun kebelakangan ini,sambutan terhadap Fesco semakin hambar baik oleh pelajar UTP ataupun pihak luar.

Pada tahun 2012, FESCO akan tetap dilangsungkan buat kali ke-5, advisor FESCO, En Ahmad PG Abdullah telah berbincang dengn En Mohamed Noor Rosli Bin Baharom dan telah bersetuju untuk menganjurkan FESCO pada tahun hadapan. Nak tau bukti mungkin anda boleh tanya terus kepada En Ahmad tak pun En MNR.

Berikut adalah laporan FESCO dari tahun 2008 hingga 2010 :

Festival of Colours of the World atau lebih dikenali sebagai FESCO, telah julung julung kalinya dianjurkan pada 5 April 2008 bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) oleh Unit Ko-kurikulum UTP bekerjasama dengan PETRONAS Performing Arts Group (PPAG). Festival ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan seni kebudayaan negara melalui seni tarian tradisional Malaysia di samping dapat mendidik masyarakat dalam dan luar negara supaya lebih memahami dan menghargai kepelbagaian budaya bangsa dan seni rupa negara kita. Festival ini juga bukan sahaja dapat menarik minat golongan muda untuk mendalami seni kebudayaan khususnya dalam bidang seni tari tradisional, malah ia juga menjadi sebagai salah satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian.

Bertemakan 'Integrasi melalui Budaya Seni', festival seni ini disertai oleh 12 buah Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta dari seluruh semenanjung Malaysia pada tahun pertama penganjurannya. Walaupun buat julung kalinya dianjurkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila seramai hampir 2000 penonton hadir menyaksikan festival ini. Penonton yang terdiri dari kalangan kakitangan pengurusan universiti, mahasiswa dan orang awam rata-rata berpuas hati dengan penganjuran festival seni ini.
Berganjak ke tahun 2009, berdasarkan sambutan yang diterima, FESCO yang mendapat sokongan daripada PETRONAS Performing Arts Group (PPAG), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MOHE) dan Sekretariat Hal Ehwal Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (SEK HEP IPTS) ini telah dianjurkan buat kali kedua juga bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Tahun kedua penganjurannya menyaksikan peningkatan yang mendadak dari segi pentadbiran dan penyertaan apabila seramai hampir 300 peserta dari 20 IPT mengambil bahagian berbanding hanya 18 buah IPT pada tahun sebelumnya yang mengambil bahagian. Apa yang lebih membanggakan, FESCO 2009 ini disertai oleh 2 universiti antarabangsa iaitu Universiti Gadjah Mada, Indonesia (UGM) dan Oberlin Shansi, Amerika Syarikat dengan menampilkan persembahan budaya tradisional, klasik daripada negara masing masing.

Festival yang diadakan pada 14 Februari ini juga menampilkan kelainan apabila para peserta telah menghadiri bengkel 'Mek Mulong' selama 2 hari iaitu pada 12 dan 13 Februari 2009 atas kerjasama PPAG dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) di mana para perserta diberi penerangan tentang bagaimana untuk meningkatkan prestasi mereka dan mengintegrasikan budaya antara kaum. Sepanjang 2 hari bengkel ini diadakan, para peserta telah diberi pendedahan mengenai asal usul seni Mek Mulong yang berasal dari negeri Kedah. Pendedahan dari segi vokal, tarian, lakonan dan seni muzik telah memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta mengenai budaya seni ini. Pada hari terakhir bengkel itu, semua peserta telah mempersembahkan segala teknik yang dipelajari melalui Teater Mek Mulong. 

Setelah berakhirnya bengkel yang berlangsung selama 2 hari tersebut maka tibalah masa yang dinantikan oleh setiap peserta FESCO iaitu persembahan seni tari dari 20 IPT yang mengambil bahagian. Dengan mengekalkan tema 'Integrasi melalui Budaya Seni', FESCO 2009 tampak lebih gah dengan dimeriahkan lagi dengan penyertaan dari 2 universiti antarabangsa disamping kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti Puan Juniwati bt Rahmat Hussin; CEO Dewan Filharmonik PETRONAS, YBhg. Datuk Dr Zainal Abidin b. Hj. Kasim; Rektor UTP, dan Puan Norhayati bt Daud; Pembantu Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Lebih mengejutkan, dianggarkan jumlah penonton yang hadir melebihi sasaran apabila seramai lebih 2800 penonton telah hadir memenuhi Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bagi menyaksikan festival seni ini pada malam tersebut.  

Berganjak ke tahun 2010, penganjuran FESCO buat kali ketiga diteruskan dengan turut mendapat sokongan dari Bangsa-Bangsa Bersatu Pendidikan, Sains dan Pertubuhan Budaya (UNESCO). FESCO 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Mac 2010 bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Bertemakan “Creative Dance One Malaysia” yang dipilih sempena menyokong misi Perdana Menteri Malaysia, iaitu konsep Satu Malaysia, festival seni ini telah disertai oleh 17 IPT Awam dan Swasta dari seluruh Malaysia dan 3 buah IPT Antarabangsa yang terdiri daripada Unversitas Gadjah Mada Indonesia, Walailak Universiti Thailand dan Korea University.

Bagi memeriahkan dan meningkatkan semangat saing antara peserta di samping meningkatkan kualiti persembahan dalam festival seni ini, format acara pada tahun ini telah ditukar dari persembahan ke pertandingan. Sebanyak 15 anugerah telah dipertandingkan yang diadili oleh juri jemputan. Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Pilihan Penonton telah dimenangi oleh Sunway University College, Anugerah Juri yang dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Anugerah Persembahan Luar Negara Terbaik dimenangi oleh Walailak Universiti Thailand dan banyak lagi. Namun, setelah diadili, anugerah utama festival ini iaitu Anugerah Persembahan Terbaik telah diraih oleh tuan rumah, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). FESCO 2010 juga mendapat sambutan yang amat menggalakan apabila tiket semua habis dijual. Lebih 2800 penonton hadir menyaksikan FESCO 2010.

Berdasarkan laporan ringkas ini dapat disaksikan peningkatan drastik Festival of Colours of The World dari segi jumlah pernyertaan dan jumlah penonton yang hadir menyaksikan festival ini saban tahun. Peningkatan ini merupakan satu petanda baik apabila ianya menjurus kepada pencapaian objektif utama festival ini dianjurkan iaitu memartabatkan seni kebudayaan negara melalui seni tarian tradisional seterusnya dapat mendidik masyarakat dalam dan luar negara supaya lebih memahami dan menghargai kepelbagaian budaya bangsa dan seni rupa negara kita.


Sambutan hambar dari pelajar UTP dan pihak luar?

FESCO sekarang bukanlah hanya sebuah event kebudayaan dan keseniaan, FESCO masa kini telah berubah kepada sebuah Branding (kalo x phm sila google ya). Setiap tahun UTP mendapat permintaan dari IPT-IPT dari dlm negara utk menyertai FESCO. Disebabkan kekangan masa, pihak UTP terpaksa mengurangkan jumlah pernyertaan dan pada tahun 2011, pihak UTP telah menetapkan hanya 10 IPT dari dalam dan luar negara yang boleh menyertai FESCO 2011, tetap malangnya 2 -3 hari sebelum event bermula, terdapat 3 IPT telah menarik diri dari menyertai FESCO 2011 dan hanya tinggal 6 IPT yang datang bertanding. Selain dari itu, boleh dikatakan bnyk IPT yang tidak berani bertanding di UTP kerana mereka takut dengan UTP Peforming Arts Group (UPAG). Saya berani berkata demikian kerana jika ingin dilihat dari segi prestasi UPAG pada masa sekarang, UPAG mempunyai persembahan hampir setiap bulan di dalam dan luar universiti dan pihak luar sanggup menghabiskan beribu2 ringgit utk menjemput UPAG untuk menjayakan program mereka, kalo x percaya silalah bertanya kepada En Ahmad, Manager UPAG.

Mmg betul kata anda sambutan agak hambar pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana jika kita lihat dlm CH pada 5 Mac lepas, terdapat 2 island di bahagian atas yg kosong. Tetapi jumlah penonton yang datang pada FESCO 2011 mencapai jumlah hampir 1300 penonton yang datang dari dalam dan luar UTP. Sebab utamanya adalah disebabkan oleh jumlah penyertaan yang terpaksa dikurangkan, maka kuranglah penyokong yang datang dari luar untuk memberi sokongan kepada kumpulan IPT mereka. Untuk pengetahuan anda juga, buat masa sekarang event2 yang terdapat di UTP lebih memberi fokus kepada pihak luar utk menyertai, lihat lah Euphonious, daripada battle of the band sesama kumpulan kugiran di dalam UTP, sekarang Eupho telah memberi peluang kepada band2 dari IPT lain utk menyertai. Tetapi, jika kita lihat balik prestasi antara kumpulan dari luar berbanding dgn kumpulan dari UTP, anda sendiri boleh mengadili pihak mana yg lebih kuat dan pihak mana yg lebih lemah.


Pengurusan FESCO yang  lemah

Menurut beberapa sumber,pengurusan FESCO kali ini memang tidak kompeten dan sering kali silap mengatur strategi.Adakah diorang ni tak tahu ke,week 5-8 ni minggu test.Manalah orang nak pergi berhibur kalau ada test.Tambah dengan hiburan entah apa-apa.Joget sini sana.Kalau Siti Nurhaliza berjoget ke Ella ke datang menari,berlambak lah yang sanggup datang.Memang test dah bertimbun-bertimbun,buat apa tengok orang melentok sana sini,last-last test dapat kosong.Dah la tu,assignment yang mula datang mencurah bab paip air ni,memang sambutan untuk kali ni merudum.

Memang tidak dinafikan bahawa pengurusan utk FESCO kali ni kurang memberangsangkan jika ingin dibandingkan dengn pengurusan FESCO pada tahun lepas. Ini disebabkan masa yang diperuntukkan untuk menjalankan projek ini tidak mencukupi untuk kami selaku pelajar dan bukan pakar dalam bidang ini untuk menjalankan projek ini dengan cemerlang. FESCO tidak bertujuan hanya untuk mengeratkan hubungan sesama IPT menerusi kebudayaan, tetapi ia adalah salah satu platform utk melahirkan pelajar2 yg dpt menguruskan sesebuah projek.

Untuk pengetahuan anda, Project Manager utk FESCO kali ini adalah seorang penari UTP dam beliau tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek sebesar dan ini adalah kali pertama beliau telah diberi peluang oleh En Ahmad utk mengetuai projek sebesar ini. Selain itu, ramai muka-muka baru yang tampil dan diberi peluang untuk mengendali dan menjadi sebahgian dari committee FESCO, ini bertujuan untuk memberi mereka peluang untuk mengetahui selok belok pengurusan FESCO dan jika bernasib baik mereka ini boleh mengendalikan FESCO pada tahun-tahun hadapan kerana telah mempunyai pengalaman dalam menguruskan FESCO. Ini adalah salah satu bentuk Knowledge Management. Kalau tidak faham boleh rujuk kepada En Google apakah itu Knowledge Management. Tujuan advisor, En Ahmad adalah beliau tidak hanya mahu seseorang penari itu hanya berbakat dalam seni tari, kerana pada masa sekarang ini terlalu artis kebudayaan, tetapi artis kebudayaan yang boleh melakukan kerja pengurusan, boleh dibilang lah dengan jari, kalo anda tidak percaya, silalah bertanya dengan penari yang anda jumpa di luar sana.

Persoalan kedua, sebab fesco diadakan pada awal bulan Mac adalah kerana tidak terdapat tarikh yang sesuai selepas ini kerana terlalu banyak event UTP. Tarikh ini di pilih berdasarkan availability Chancellor Hall, bukan boleh main suka2 ja nk buat event yang perlu menggunakan Chancellor Hall.

Persoalan ketiga, apakah perbezaan antara joget dan Siti Nurhaliza ataupun Ella, kedua-duanya adalah sama, mereka mempersembahkan kebudayaan dan kesenian dalam bentuk yang berbeza, satu adalah tarian, dan lagi satu adalah nyanyian. Jadi ia bergantung kepada anda sendiri untuk datang melihat atau tidak disebabkan citarasa setiap orang adalah berbeza. (sila belajar ekonomi kalo ada ingin tahu lebih lanjut psl supply & demand).

Persoalan keempat, apakah kaitannya antara peperiksaan dan menonton persembahan hiburan? Saya x perlu bercakap banyak, anda boleh menjawabnya sendiri.


Tak banyak persembahan

Menurut sumber,FESCO kali ni dah tak ada bajet.Terpaksa cut sini sana.Ni natijah akibat FESCO tahun lepas yang disasarkan akan ‘grand’ tu tapi tak mendapat sambutan.Mungkin kali ni pihak penganjur dah belajar dari kesilapan kot.Buat apa nak habiskan duit buat benda yang merugikan,pelajar bukan makin pandai pun kalau tengok FESCO,makin bengap adala.Tengok budak-budak duk melentok  kiri kanan,ilmu pun boleh lari.Kalau tengok promotion pun,nak tak nak je buat.Ni nak buat event ke tak nak?Kalau nak promote macam tu,mak cik cleaner pun boleh buat.

Mengenai tajuk anda, memang betul tahun ini kurang persembahan, ini disebabkan pihak atasan UTP yang menyekat jumlah penyertaan pada tahun ini dan hanya 10 IPT sahaja dijemput, dan terdapat 3 buah IPT yang menarik diri pada saat2 akhir.

Penggunaan perkataan yang silap, bukan tidak ada bajet..bajet bermaksud jumlah wang yg diperlukan utk menjalankan sesuatu aktiviti. Saya faham maksud anda, sepatutnya FESCO tahun ini tidak ada wang simpanan yang cukup. Memang tidak dinafikan bahawa dalam akaun FESCO tidak mempunyai jumlah yang mencukupi utk menjalankan FESCO tahun ini. Tetapi anda jangan lupa bahawa kami juga mempunyai sponsor dari pihak ENESCO (RM5000), JKKN Negeri Perak (RM5000), Sumbangan individual (RM1000) serta peruntukan dari UTP, maka ia sudah cukup untuk menjalankan FESCO tahun ini. Bukan ingin bermegah dengan jumlah yang diperoleh tetapi hanya ingin menyampaikan fakta dan memang benar juga kami telah mengurangkan bajet untuk tahun ini. Tujuannya adalah untuk mempunyai simpanan modal yang cukup untuk menjalankan FESCO untuk tahun depan supaya pihak committees tidak perlu berusaha keras lagi untuk mencari sumber kewangan.

Anda berkata tidak “grand’ pada tahun lepas, tapi anda ada berkata dalam post anda yang bertajuk “Leaks! Are You Ignorant?” bahawa terdapat rakan2 yang terpaksa berdiri walaupun mendapat tiket, maka di sini terbukti bahawa tempat duduk yang disediakan tidak dapat menampung jumlah penonton yang datang untuk menyaksikan FESCO tahun lepas. Kami mengakui bahawa ada kesilapan dari segi pengurusan sehingga menyebabkan masalah penonton yang datang tapi tidak mendapat tempat duduk dan kami meminta maaf kepada mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Menyentuh isu pandai dan ilmu yang anda cuba sampaikan itu, ilmu ini universal dan ia tidak semestikan dalam bentuk akademik, dan tidak menjadi masalah jika ada penonton yang datang untuk menyaksikan persembahan kesenian dan kebudayaan bangsa lain, ini juga salah satu bentuk ilmu yang boleh kita perolehi dari persembaan kebudayaan yang disampaikan pada malam FESCO tersebut.

Dari segi promotion pulak, memang saya akui tahun ini promosi FESCO agak hambar, banner-banner yang dipasang pun agak lambat dan hanya 2-3 hari sebelum event ini dijalankan baru dipasang. Tetapi itu tidak menjadi masalah, pembangunan pesat dari segi media elektronik pada masa sekarang menjadi medium utama untuk pemasaran, dengan penyediaan sumber internet kepada setiap warga pelajar di UTP, pemasaran dlm bentuk media elektronik menjadi medium utama di UTP untuk menyampaikan sesuatu berita. Selain itu, tidakkah anda terserempak dgn booth FESCO di Pocket D. Committees FESCO telah berada di sana seminggu sebelum FESCO dijalankan, mmg tidak dinafikan bahawa promosi di situ agak hambar tetapi dgn kehadiran committees di sana yang memang bersemangat untuk mempromosikan FESCO, ia cukup untuk menyampaikan berita mengenai FESCO. Dan yang paling penting, terima kasih kepada UTPLeaks kerana menulis sebuah artikel mengenai FESCO. Tidakkah anda tahu bahawa propoganda anda ini adalah salah satu bentuk pemasaran kepada pihak FESCO. Jika tidak tahu, sila lah belajar ilmu marketing.


Pelajar Kelantan nak boikot FESCO?

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai,kumpulan pelajar-pelajar dari Kelantan akan memboikot FESCO kali ini. Ni disebabkan persembahan yang akan dijalankan oleh UPAG sendiri yang dikatakan memhina kebudayaan Kelantan.Ada ke dia nak buat persembahan ala-ala wayang kulit dengan dikir barat?Apa ke benda tu?Pantang anak Kelantan orang yang nak mencemarkan budaya Kelantan.Dah tak puas merosakkan tarian zapin Johor,ni nak rosakkan kebudayaan Kelantan pulak.

Nenek moyang orang Kelantan berjuang habis-habisan nak mempertahankan keaslian Kebudayaan Kelantan sehinggakan nak cari anak murid pun kena tapis beberapa kali.Tup-tup ada segolongan yang dikatakan nak menghidupkan seni budaya cuba nak mencemarkan budaya Kelantan. Setakat tengok wayang kulit dalam tv, dengar dikir barat kat radio, jangan cuba-cuba berani nak mencemarkan budaya orang.Mungkin akan ada demonstrasi oleh anak-anak Kelantan depan CH tapi yang ni tak dapat dipastikan kesahihan berita ni.

Kesimpulannya dengan segala macam kontroversi kali ni,mungkin lepas ni FESCO akan berkubur buat selama-lamanya dari bumi UTP ni.Mungkin ye mungkin tidak.

Sumber2 yang dipercayai haruslah disertai dengan hujah dan fakta. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kawan saya dari negeri Kelantan yang datang sendiri untuk menyaksikan FESCO pada tahun ini. Tidak sedikit pun terlintas dalam pengurusan UPAG untuk menghina kebudayaan negeri Kelantan, jika anda ingin tahu, tajuk tarian untuk UPAG pada malam FESCO itu adalah “1 Malaysia Transformation “. Pada masa kini kita sering digembar-gemburkan dengan isu 1 Malaysia, tetapi pernah atau tidak anda terfikir mengenai apa yang akan berlaku dan kesan dari 1 Malaysia ini. Jadi, UPAG terlah mempersembahan sebuat tarian dia mana penari2 tersebut memakai pakaian mengikut bangsa yang dianggap mewakili sesebuah bangsa di Malaysia dan bangsa-bangsa ini mempersembahan wayang kulit. Kita berasa bangga bila ada orang dari luar negara datang ke sini dan belajar kebudayaan kita, tetapi kita marah apabila bangsa-bangsa di Malaysia ini mempersembahkan kebudayaan sesebuah negeri. Mereka ini bukan penari profesional seperti Petronas Peforming Arts Group yang kesemuanya adalah penari2 hebat yang mempunyai pengalaman bertahun2 dalam bidang keseniaan., mereka ini cuma pelajar UTP yang bukan mengambil jurusan seni persembahan, tetapi mereka ini mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari keseniaan dan kebudayaan. Jadi tidak salah kalau mereka mempelajari kebudayaan dan kesenian yang wujud di Malaysia ini. Tidakkah anda berasa bangga bila ada pihak yang cuba untuk menaikkan kebudayaan negeri anda. Anda perlu tahu bahawa setiap penari di UTP ini juaga dibekalkan dengan ilmu berkaitan dengan tarian yang akan disampaikan supaya tidak mencemarkan nilai-nilai seni kebudayaan tersebut. Kalau anda tidak percaya, silalah bertanya kepada penari-penari UTP. Penari yang baru mungkin tidak mempunyai ilmu yang mendalam tetapi untuk penari yang telah lama berada di dalam UPAG, mereka telah diasah untuk mengetahui dan mempelajari selok-belok sejarah sesebuah tarian tersebut.

Sekian sahaja hujah saya terhadap artikel anda ini, bukan bermaksud ingin bergaduh atau bertekak lidah, event pun sudah lepas, apa yang kita perlukan sekarang ada mengambil iktibar ke atas setiap kejadian yang berlaku. Apa yang ditulis di atas adalah berdasarkan fakta dan pandangan dari pihak saya. Jika ada terkasar bahasa, saya memohon maaf kepada saudara / saudari.

Sekian, terima kasih

sumber : http://utpleaks.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management