Mar 7, 2011

jangan bermain dengan api..lalala



Ke hadapan saudara dan saudari yang dihormati, berikut adalah ulasan dan pandangan terhadap artikel anda :

Fesco tidak akan dianjurkan lagi?

Desas-desus mengenai fesco tidak akan dianjurkan lagi untuk tahun hadapan semakin bertiup kencang.Berdasarkan pengalaman 2-3 tahun kebelakangan ini,sambutan terhadap Fesco semakin hambar baik oleh pelajar UTP ataupun pihak luar.

Pada tahun 2012, FESCO akan tetap dilangsungkan buat kali ke-5, advisor FESCO, En Ahmad PG Abdullah telah berbincang dengn En Mohamed Noor Rosli Bin Baharom dan telah bersetuju untuk menganjurkan FESCO pada tahun hadapan. Nak tau bukti mungkin anda boleh tanya terus kepada En Ahmad tak pun En MNR.

Berikut adalah laporan FESCO dari tahun 2008 hingga 2010 :

Festival of Colours of the World atau lebih dikenali sebagai FESCO, telah julung julung kalinya dianjurkan pada 5 April 2008 bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) oleh Unit Ko-kurikulum UTP bekerjasama dengan PETRONAS Performing Arts Group (PPAG). Festival ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan seni kebudayaan negara melalui seni tarian tradisional Malaysia di samping dapat mendidik masyarakat dalam dan luar negara supaya lebih memahami dan menghargai kepelbagaian budaya bangsa dan seni rupa negara kita. Festival ini juga bukan sahaja dapat menarik minat golongan muda untuk mendalami seni kebudayaan khususnya dalam bidang seni tari tradisional, malah ia juga menjadi sebagai salah satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian.

Bertemakan 'Integrasi melalui Budaya Seni', festival seni ini disertai oleh 12 buah Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta dari seluruh semenanjung Malaysia pada tahun pertama penganjurannya. Walaupun buat julung kalinya dianjurkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila seramai hampir 2000 penonton hadir menyaksikan festival ini. Penonton yang terdiri dari kalangan kakitangan pengurusan universiti, mahasiswa dan orang awam rata-rata berpuas hati dengan penganjuran festival seni ini.
Berganjak ke tahun 2009, berdasarkan sambutan yang diterima, FESCO yang mendapat sokongan daripada PETRONAS Performing Arts Group (PPAG), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MOHE) dan Sekretariat Hal Ehwal Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (SEK HEP IPTS) ini telah dianjurkan buat kali kedua juga bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Tahun kedua penganjurannya menyaksikan peningkatan yang mendadak dari segi pentadbiran dan penyertaan apabila seramai hampir 300 peserta dari 20 IPT mengambil bahagian berbanding hanya 18 buah IPT pada tahun sebelumnya yang mengambil bahagian. Apa yang lebih membanggakan, FESCO 2009 ini disertai oleh 2 universiti antarabangsa iaitu Universiti Gadjah Mada, Indonesia (UGM) dan Oberlin Shansi, Amerika Syarikat dengan menampilkan persembahan budaya tradisional, klasik daripada negara masing masing.

Festival yang diadakan pada 14 Februari ini juga menampilkan kelainan apabila para peserta telah menghadiri bengkel 'Mek Mulong' selama 2 hari iaitu pada 12 dan 13 Februari 2009 atas kerjasama PPAG dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) di mana para perserta diberi penerangan tentang bagaimana untuk meningkatkan prestasi mereka dan mengintegrasikan budaya antara kaum. Sepanjang 2 hari bengkel ini diadakan, para peserta telah diberi pendedahan mengenai asal usul seni Mek Mulong yang berasal dari negeri Kedah. Pendedahan dari segi vokal, tarian, lakonan dan seni muzik telah memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta mengenai budaya seni ini. Pada hari terakhir bengkel itu, semua peserta telah mempersembahkan segala teknik yang dipelajari melalui Teater Mek Mulong. 

Setelah berakhirnya bengkel yang berlangsung selama 2 hari tersebut maka tibalah masa yang dinantikan oleh setiap peserta FESCO iaitu persembahan seni tari dari 20 IPT yang mengambil bahagian. Dengan mengekalkan tema 'Integrasi melalui Budaya Seni', FESCO 2009 tampak lebih gah dengan dimeriahkan lagi dengan penyertaan dari 2 universiti antarabangsa disamping kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti Puan Juniwati bt Rahmat Hussin; CEO Dewan Filharmonik PETRONAS, YBhg. Datuk Dr Zainal Abidin b. Hj. Kasim; Rektor UTP, dan Puan Norhayati bt Daud; Pembantu Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Lebih mengejutkan, dianggarkan jumlah penonton yang hadir melebihi sasaran apabila seramai lebih 2800 penonton telah hadir memenuhi Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bagi menyaksikan festival seni ini pada malam tersebut.  

Berganjak ke tahun 2010, penganjuran FESCO buat kali ketiga diteruskan dengan turut mendapat sokongan dari Bangsa-Bangsa Bersatu Pendidikan, Sains dan Pertubuhan Budaya (UNESCO). FESCO 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Mac 2010 bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Bertemakan “Creative Dance One Malaysia” yang dipilih sempena menyokong misi Perdana Menteri Malaysia, iaitu konsep Satu Malaysia, festival seni ini telah disertai oleh 17 IPT Awam dan Swasta dari seluruh Malaysia dan 3 buah IPT Antarabangsa yang terdiri daripada Unversitas Gadjah Mada Indonesia, Walailak Universiti Thailand dan Korea University.

Bagi memeriahkan dan meningkatkan semangat saing antara peserta di samping meningkatkan kualiti persembahan dalam festival seni ini, format acara pada tahun ini telah ditukar dari persembahan ke pertandingan. Sebanyak 15 anugerah telah dipertandingkan yang diadili oleh juri jemputan. Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Pilihan Penonton telah dimenangi oleh Sunway University College, Anugerah Juri yang dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Anugerah Persembahan Luar Negara Terbaik dimenangi oleh Walailak Universiti Thailand dan banyak lagi. Namun, setelah diadili, anugerah utama festival ini iaitu Anugerah Persembahan Terbaik telah diraih oleh tuan rumah, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). FESCO 2010 juga mendapat sambutan yang amat menggalakan apabila tiket semua habis dijual. Lebih 2800 penonton hadir menyaksikan FESCO 2010.

Berdasarkan laporan ringkas ini dapat disaksikan peningkatan drastik Festival of Colours of The World dari segi jumlah pernyertaan dan jumlah penonton yang hadir menyaksikan festival ini saban tahun. Peningkatan ini merupakan satu petanda baik apabila ianya menjurus kepada pencapaian objektif utama festival ini dianjurkan iaitu memartabatkan seni kebudayaan negara melalui seni tarian tradisional seterusnya dapat mendidik masyarakat dalam dan luar negara supaya lebih memahami dan menghargai kepelbagaian budaya bangsa dan seni rupa negara kita.


Sambutan hambar dari pelajar UTP dan pihak luar?

FESCO sekarang bukanlah hanya sebuah event kebudayaan dan keseniaan, FESCO masa kini telah berubah kepada sebuah Branding (kalo x phm sila google ya). Setiap tahun UTP mendapat permintaan dari IPT-IPT dari dlm negara utk menyertai FESCO. Disebabkan kekangan masa, pihak UTP terpaksa mengurangkan jumlah pernyertaan dan pada tahun 2011, pihak UTP telah menetapkan hanya 10 IPT dari dalam dan luar negara yang boleh menyertai FESCO 2011, tetap malangnya 2 -3 hari sebelum event bermula, terdapat 3 IPT telah menarik diri dari menyertai FESCO 2011 dan hanya tinggal 6 IPT yang datang bertanding. Selain dari itu, boleh dikatakan bnyk IPT yang tidak berani bertanding di UTP kerana mereka takut dengan UTP Peforming Arts Group (UPAG). Saya berani berkata demikian kerana jika ingin dilihat dari segi prestasi UPAG pada masa sekarang, UPAG mempunyai persembahan hampir setiap bulan di dalam dan luar universiti dan pihak luar sanggup menghabiskan beribu2 ringgit utk menjemput UPAG untuk menjayakan program mereka, kalo x percaya silalah bertanya kepada En Ahmad, Manager UPAG.

Mmg betul kata anda sambutan agak hambar pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana jika kita lihat dlm CH pada 5 Mac lepas, terdapat 2 island di bahagian atas yg kosong. Tetapi jumlah penonton yang datang pada FESCO 2011 mencapai jumlah hampir 1300 penonton yang datang dari dalam dan luar UTP. Sebab utamanya adalah disebabkan oleh jumlah penyertaan yang terpaksa dikurangkan, maka kuranglah penyokong yang datang dari luar untuk memberi sokongan kepada kumpulan IPT mereka. Untuk pengetahuan anda juga, buat masa sekarang event2 yang terdapat di UTP lebih memberi fokus kepada pihak luar utk menyertai, lihat lah Euphonious, daripada battle of the band sesama kumpulan kugiran di dalam UTP, sekarang Eupho telah memberi peluang kepada band2 dari IPT lain utk menyertai. Tetapi, jika kita lihat balik prestasi antara kumpulan dari luar berbanding dgn kumpulan dari UTP, anda sendiri boleh mengadili pihak mana yg lebih kuat dan pihak mana yg lebih lemah.


Pengurusan FESCO yang  lemah

Menurut beberapa sumber,pengurusan FESCO kali ini memang tidak kompeten dan sering kali silap mengatur strategi.Adakah diorang ni tak tahu ke,week 5-8 ni minggu test.Manalah orang nak pergi berhibur kalau ada test.Tambah dengan hiburan entah apa-apa.Joget sini sana.Kalau Siti Nurhaliza berjoget ke Ella ke datang menari,berlambak lah yang sanggup datang.Memang test dah bertimbun-bertimbun,buat apa tengok orang melentok sana sini,last-last test dapat kosong.Dah la tu,assignment yang mula datang mencurah bab paip air ni,memang sambutan untuk kali ni merudum.

Memang tidak dinafikan bahawa pengurusan utk FESCO kali ni kurang memberangsangkan jika ingin dibandingkan dengn pengurusan FESCO pada tahun lepas. Ini disebabkan masa yang diperuntukkan untuk menjalankan projek ini tidak mencukupi untuk kami selaku pelajar dan bukan pakar dalam bidang ini untuk menjalankan projek ini dengan cemerlang. FESCO tidak bertujuan hanya untuk mengeratkan hubungan sesama IPT menerusi kebudayaan, tetapi ia adalah salah satu platform utk melahirkan pelajar2 yg dpt menguruskan sesebuah projek.

Untuk pengetahuan anda, Project Manager utk FESCO kali ini adalah seorang penari UTP dam beliau tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan projek sebesar dan ini adalah kali pertama beliau telah diberi peluang oleh En Ahmad utk mengetuai projek sebesar ini. Selain itu, ramai muka-muka baru yang tampil dan diberi peluang untuk mengendali dan menjadi sebahgian dari committee FESCO, ini bertujuan untuk memberi mereka peluang untuk mengetahui selok belok pengurusan FESCO dan jika bernasib baik mereka ini boleh mengendalikan FESCO pada tahun-tahun hadapan kerana telah mempunyai pengalaman dalam menguruskan FESCO. Ini adalah salah satu bentuk Knowledge Management. Kalau tidak faham boleh rujuk kepada En Google apakah itu Knowledge Management. Tujuan advisor, En Ahmad adalah beliau tidak hanya mahu seseorang penari itu hanya berbakat dalam seni tari, kerana pada masa sekarang ini terlalu artis kebudayaan, tetapi artis kebudayaan yang boleh melakukan kerja pengurusan, boleh dibilang lah dengan jari, kalo anda tidak percaya, silalah bertanya dengan penari yang anda jumpa di luar sana.

Persoalan kedua, sebab fesco diadakan pada awal bulan Mac adalah kerana tidak terdapat tarikh yang sesuai selepas ini kerana terlalu banyak event UTP. Tarikh ini di pilih berdasarkan availability Chancellor Hall, bukan boleh main suka2 ja nk buat event yang perlu menggunakan Chancellor Hall.

Persoalan ketiga, apakah perbezaan antara joget dan Siti Nurhaliza ataupun Ella, kedua-duanya adalah sama, mereka mempersembahkan kebudayaan dan kesenian dalam bentuk yang berbeza, satu adalah tarian, dan lagi satu adalah nyanyian. Jadi ia bergantung kepada anda sendiri untuk datang melihat atau tidak disebabkan citarasa setiap orang adalah berbeza. (sila belajar ekonomi kalo ada ingin tahu lebih lanjut psl supply & demand).

Persoalan keempat, apakah kaitannya antara peperiksaan dan menonton persembahan hiburan? Saya x perlu bercakap banyak, anda boleh menjawabnya sendiri.


Tak banyak persembahan

Menurut sumber,FESCO kali ni dah tak ada bajet.Terpaksa cut sini sana.Ni natijah akibat FESCO tahun lepas yang disasarkan akan ‘grand’ tu tapi tak mendapat sambutan.Mungkin kali ni pihak penganjur dah belajar dari kesilapan kot.Buat apa nak habiskan duit buat benda yang merugikan,pelajar bukan makin pandai pun kalau tengok FESCO,makin bengap adala.Tengok budak-budak duk melentok  kiri kanan,ilmu pun boleh lari.Kalau tengok promotion pun,nak tak nak je buat.Ni nak buat event ke tak nak?Kalau nak promote macam tu,mak cik cleaner pun boleh buat.

Mengenai tajuk anda, memang betul tahun ini kurang persembahan, ini disebabkan pihak atasan UTP yang menyekat jumlah penyertaan pada tahun ini dan hanya 10 IPT sahaja dijemput, dan terdapat 3 buah IPT yang menarik diri pada saat2 akhir.

Penggunaan perkataan yang silap, bukan tidak ada bajet..bajet bermaksud jumlah wang yg diperlukan utk menjalankan sesuatu aktiviti. Saya faham maksud anda, sepatutnya FESCO tahun ini tidak ada wang simpanan yang cukup. Memang tidak dinafikan bahawa dalam akaun FESCO tidak mempunyai jumlah yang mencukupi utk menjalankan FESCO tahun ini. Tetapi anda jangan lupa bahawa kami juga mempunyai sponsor dari pihak ENESCO (RM5000), JKKN Negeri Perak (RM5000), Sumbangan individual (RM1000) serta peruntukan dari UTP, maka ia sudah cukup untuk menjalankan FESCO tahun ini. Bukan ingin bermegah dengan jumlah yang diperoleh tetapi hanya ingin menyampaikan fakta dan memang benar juga kami telah mengurangkan bajet untuk tahun ini. Tujuannya adalah untuk mempunyai simpanan modal yang cukup untuk menjalankan FESCO untuk tahun depan supaya pihak committees tidak perlu berusaha keras lagi untuk mencari sumber kewangan.

Anda berkata tidak “grand’ pada tahun lepas, tapi anda ada berkata dalam post anda yang bertajuk “Leaks! Are You Ignorant?” bahawa terdapat rakan2 yang terpaksa berdiri walaupun mendapat tiket, maka di sini terbukti bahawa tempat duduk yang disediakan tidak dapat menampung jumlah penonton yang datang untuk menyaksikan FESCO tahun lepas. Kami mengakui bahawa ada kesilapan dari segi pengurusan sehingga menyebabkan masalah penonton yang datang tapi tidak mendapat tempat duduk dan kami meminta maaf kepada mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Menyentuh isu pandai dan ilmu yang anda cuba sampaikan itu, ilmu ini universal dan ia tidak semestikan dalam bentuk akademik, dan tidak menjadi masalah jika ada penonton yang datang untuk menyaksikan persembahan kesenian dan kebudayaan bangsa lain, ini juga salah satu bentuk ilmu yang boleh kita perolehi dari persembaan kebudayaan yang disampaikan pada malam FESCO tersebut.

Dari segi promotion pulak, memang saya akui tahun ini promosi FESCO agak hambar, banner-banner yang dipasang pun agak lambat dan hanya 2-3 hari sebelum event ini dijalankan baru dipasang. Tetapi itu tidak menjadi masalah, pembangunan pesat dari segi media elektronik pada masa sekarang menjadi medium utama untuk pemasaran, dengan penyediaan sumber internet kepada setiap warga pelajar di UTP, pemasaran dlm bentuk media elektronik menjadi medium utama di UTP untuk menyampaikan sesuatu berita. Selain itu, tidakkah anda terserempak dgn booth FESCO di Pocket D. Committees FESCO telah berada di sana seminggu sebelum FESCO dijalankan, mmg tidak dinafikan bahawa promosi di situ agak hambar tetapi dgn kehadiran committees di sana yang memang bersemangat untuk mempromosikan FESCO, ia cukup untuk menyampaikan berita mengenai FESCO. Dan yang paling penting, terima kasih kepada UTPLeaks kerana menulis sebuah artikel mengenai FESCO. Tidakkah anda tahu bahawa propoganda anda ini adalah salah satu bentuk pemasaran kepada pihak FESCO. Jika tidak tahu, sila lah belajar ilmu marketing.


Pelajar Kelantan nak boikot FESCO?

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai,kumpulan pelajar-pelajar dari Kelantan akan memboikot FESCO kali ini. Ni disebabkan persembahan yang akan dijalankan oleh UPAG sendiri yang dikatakan memhina kebudayaan Kelantan.Ada ke dia nak buat persembahan ala-ala wayang kulit dengan dikir barat?Apa ke benda tu?Pantang anak Kelantan orang yang nak mencemarkan budaya Kelantan.Dah tak puas merosakkan tarian zapin Johor,ni nak rosakkan kebudayaan Kelantan pulak.

Nenek moyang orang Kelantan berjuang habis-habisan nak mempertahankan keaslian Kebudayaan Kelantan sehinggakan nak cari anak murid pun kena tapis beberapa kali.Tup-tup ada segolongan yang dikatakan nak menghidupkan seni budaya cuba nak mencemarkan budaya Kelantan. Setakat tengok wayang kulit dalam tv, dengar dikir barat kat radio, jangan cuba-cuba berani nak mencemarkan budaya orang.Mungkin akan ada demonstrasi oleh anak-anak Kelantan depan CH tapi yang ni tak dapat dipastikan kesahihan berita ni.

Kesimpulannya dengan segala macam kontroversi kali ni,mungkin lepas ni FESCO akan berkubur buat selama-lamanya dari bumi UTP ni.Mungkin ye mungkin tidak.

Sumber2 yang dipercayai haruslah disertai dengan hujah dan fakta. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kawan saya dari negeri Kelantan yang datang sendiri untuk menyaksikan FESCO pada tahun ini. Tidak sedikit pun terlintas dalam pengurusan UPAG untuk menghina kebudayaan negeri Kelantan, jika anda ingin tahu, tajuk tarian untuk UPAG pada malam FESCO itu adalah “1 Malaysia Transformation “. Pada masa kini kita sering digembar-gemburkan dengan isu 1 Malaysia, tetapi pernah atau tidak anda terfikir mengenai apa yang akan berlaku dan kesan dari 1 Malaysia ini. Jadi, UPAG terlah mempersembahan sebuat tarian dia mana penari2 tersebut memakai pakaian mengikut bangsa yang dianggap mewakili sesebuah bangsa di Malaysia dan bangsa-bangsa ini mempersembahan wayang kulit. Kita berasa bangga bila ada orang dari luar negara datang ke sini dan belajar kebudayaan kita, tetapi kita marah apabila bangsa-bangsa di Malaysia ini mempersembahkan kebudayaan sesebuah negeri. Mereka ini bukan penari profesional seperti Petronas Peforming Arts Group yang kesemuanya adalah penari2 hebat yang mempunyai pengalaman bertahun2 dalam bidang keseniaan., mereka ini cuma pelajar UTP yang bukan mengambil jurusan seni persembahan, tetapi mereka ini mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari keseniaan dan kebudayaan. Jadi tidak salah kalau mereka mempelajari kebudayaan dan kesenian yang wujud di Malaysia ini. Tidakkah anda berasa bangga bila ada pihak yang cuba untuk menaikkan kebudayaan negeri anda. Anda perlu tahu bahawa setiap penari di UTP ini juaga dibekalkan dengan ilmu berkaitan dengan tarian yang akan disampaikan supaya tidak mencemarkan nilai-nilai seni kebudayaan tersebut. Kalau anda tidak percaya, silalah bertanya kepada penari-penari UTP. Penari yang baru mungkin tidak mempunyai ilmu yang mendalam tetapi untuk penari yang telah lama berada di dalam UPAG, mereka telah diasah untuk mengetahui dan mempelajari selok-belok sejarah sesebuah tarian tersebut.

Sekian sahaja hujah saya terhadap artikel anda ini, bukan bermaksud ingin bergaduh atau bertekak lidah, event pun sudah lepas, apa yang kita perlukan sekarang ada mengambil iktibar ke atas setiap kejadian yang berlaku. Apa yang ditulis di atas adalah berdasarkan fakta dan pandangan dari pihak saya. Jika ada terkasar bahasa, saya memohon maaf kepada saudara / saudari.

Sekian, terima kasih

sumber : http://utpleaks.blogspot.com/


17 comments:

Hakim KOT said...

tq anonymous =)

Unknown said...

love u lah!!! nie baru semnagat anak jati tanah melayu...boooo utpleaks...nama utpleaks tapi pemikiran sempit mcm hape hahahaha

Hakim KOT said...

haha..thx kak uya..mungkin die x brpe phm kot konsep sebenar leaks 2..heheh

pusak_itam said...

UTPleaks..it could be a nice blog if it is used positively..tp kalo nk sebarkan fitnah, baek xyah..aku pon xbpe setuju dgn post dyeorg psl FESCO tu..mcm nk mengaibkan org..kalo 'leak' kan bende2 positive xpe jugak..nie menggalakkan fitnah ade la..tahniah kpd penulis blog nie kerana telah membalas dgn cara yg betol..

Hakim KOT said...

sebenarny x slh kalo dorng nk leaks kan bnde2 cmni..cuma dorang x phm situasi sebenar dan tidak membuat kajian yg mendalam..tujuan post ni adalah untuk menerangkan situasi sebenar yang berlaku. Tidak ada niat langsung untuk mengaibkan pihak utpleaks, sekadar ingin berkongsi informasi. =)

afro said...

fesco patot disambung lagi.. baru la kitorang boleh menang.. kehkehkeh

ok2 serius, frankly that festival is quite successful for me. sbb leh tarik org luar such as indonesia, thai ect.. time ni la nak promote whatsoever about malaysia. maybe fesco patot cari lagi ramai sponsor and backup dr kerajaan.

Hakim KOT said...

thx paan for your comments.. =)

Hakim KOT said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

STATEMENT BERANGAN:

'UPAG mempunyai persembahan hampir setiap bulan di dalam dan luar universiti dan pihak luar sanggup menghabiskan beribu2 ringgit utk menjemput UPAG untuk menjayakan program mereka'

Yuck, tolong sikit, kalau bukan sebab PPAG yg banyak tolong UPAG (kareografer, make-up, costume) korang takde apa2 kot...

FESCO ni syok sendirilah, setiap tahun pasti juara...yg masuk bertanding pun tak semengah, bolehlah menang kan..hmmm....hahaha

Unknown said...

kesian anonymous nie..kejelesan tahap mane dh nie? hehehe..ade ke UPAG lupe daratn? x ade...sape yg jadi judges?..cik/encik...x tau ape2 jgn ckp...jangan malu bertanya...nnti memalukan diri sendiri encik yer..keputusan kan dari pihak juri..juri bukan dari utp ye...bukan org UPAG pn...nk ckp ape2 gune otak...jgn gune hati yg penuh dgn hasad dengki...ksian la awak nie heheheh...xpe pham..jeles kn hehehe...

Hakim KOT said...

Kepada anonymous,
Statement itu adalah berdasarkan fakta dan pengalaman dari pihak UPAG sendiri, tidak telintas langsung dalam fikiran saya untuk menipu pihak-pihak di luar sana berkaitan dengan UPAG. Untuk pengetahuan anda, kami dibayar beribu-ribu atas faktor jumlah penari yang dibawa ke sesebuah persembahan. Tidak dinafikan juga kami juga memang sentiasa mendapat undangan dari pihak luar dan dalam UTP, kalo anda tidak percaya juga, silalah bertanya kepada Manager UPAG sendiri, En Ahmad PG Abdullah.

Pihak UTP dan UPAG memang berbanyak2 berterima kasih kepada PPAG kerana sering kali sahaja memberi bantuan kepada kami dalam menjayakan sesebuah persembahan. Pada mulanya memang kami ini tiada apa2 pun, tetapi kerana merekalah kami berada di sini. Jika anda lihat di page2 FB budak2 UPAG dan official page UPAG, kami sering kee-in-touch dgn choreographer mahupun penari dari PPAG dan kami juga sering kali pergi melihat persembahan mereka di Kuala Lumpur.

Mungkin FESCO tahun ini tidak se gah FESCO tahun sebelumnya, faktor utamanya adalah terdapat beberapa kumpulan IPT yang mempunyai penari2 dan group dance yang hebat telah menarik diri pada saat-saat akhir, jadi pihak kami tidak dapat berbuat apa2 dan terpaksa juga meneruskan event ini dengan jumlah kumpulan IPT yang bertanding.

UPAG masa sekarang bukanlah juara kampung lagi, kami juga pernah memenangi Festival Tari MMU sebanyak 2 kali pada tahun 2009 dan 2010, selain itu kami juga pernah memenangi Best Choreography Award di Hornbill Festival. Disebabkan banyak faktor lain seperti kekangan masa dan availibility dancer, kadang2 kami terpaksa menolak atau tidak dijemput untuk menyertai pertandingan dan membuat persembahan di luar sana, jadi kami tidak dapat berpeluang untuk berkongsi dengan pihak2 yang berminat dengan UPAG mengenai perkembangan UPAG.

Sekian saja hujah saya, sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa post saya ini adalah berdasarkan fakta dan pengalaman saya sendiri selama 3 tahun menyertai UPAG. Mohon maaf dipinta jika terdapat kekasaran dari pihak saya, semoga kita dapat bertukar pandangan demi kebaikan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

PenulisAmatur said...

Nape org x suke UPAG???

1. Duk lepak ameeth ramai2 buat kecoh... gelak nak bg satu Tronoh dengar...

2. Kekwat... demand nk mampos... nk itu la nk ini la... menyusahkan org lain...mane2 event xyahla jemput dorg...wat rugi je byar...

3. Pilih bulu... asik ngan geng sendiri je... xle campo... cubela bgaul ngan warga utp yg lain...

4. Ade meeting ke discussion ke mesti ilang... alasan, "ada trening"... org lain jgk yg susah2 tlg siapkan

5. Penari... tkinja2, tgedik2, goyang kiri kanan, pegang sana sini... x senonoh langsung...mulut main cakap lepas je...

6. Pondan... ramai hangen UPAG menyebabkan budaya pondan/lelaki lembut berkembang pesat kat utp...
kire jela brape ramai golongan mereka dalam UPAG...

7. Syok sendiri... "UPAG? ape tu?"."ooo, kumpulan penari utp...mkay...". itulah senarionya, tp lagak mcm dah gah seluruh dunia. br menang bbrpa kali nk bangge2...
itupon competition tah pape...


Demikian petikan berkenaan kajian tentang impresi dan mentaliti terhadap UPAG.


p/s: warga upag sile bc dengan nada sinis =p
mr hakem sile jwb...hehehe

Unknown said...

1. Manusia hepi mmg la ketawa takkan nangis..xpe la lepas nie bdak2 UPAG menangis la bila gembira *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*

2. Kekwat? UPAG mmg selalu mintak suh sediakan satu bilik yg ade skali makanan yang diterbangkan dari paris, bantal gebu2 dari bulu harimau, layanan sehebat ratu *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*

3. Pasnie UPAG sekalian akan menegur sesiapa je yg ade di tepi jalan, 5cm gerak ade org tegur, 5cm gerak ade org WAJIB tegur, dgn kucing tepi jalan pun tegur yer *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*...lgpun utp nie mmg sediakan UPAG satu kelas pun...mane ade cmpur dgn org lain knnnnnn *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*

4. UPAG mmg suke bg alasan ade training padhl UPAG p balik bilik tdo *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*...yg ko rajin siapkan sape suh *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada* (nk tlg kena ikhlas, hati busuk x pyh tlg)

5. I akan anta surat kepada semua penari2 di seluruh dunia supaya tarian duduk diam akan dimulakan...mungkin showdown or u think u can dance ble mulakan tarian duduk diam *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*

6. UPAG lelaki mmg sume pondan n lembut sebab tue diorg bersilat keras n sharp, n sebab tue diorg ade awek masing2 *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*...mmg semua lelaki lembut dlm utp nie bdak UPAG..x tau ker?? *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*

7. aah kn UPAG tue ape? ek eleh ntah pape kan? sah2 ko jeles tp nk bising2..malu la weh...p balik la tdo jgn nk tnjukkan kejelesan ko pd bdak UPAG...lagi bangga diorg ko buat mcm nie...bdak UPAG kn lagak mcm menang ape *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*...ko ade menang ape2?

p/s: tue mentaliti bdak2 pndai *sambil mata memandang ke atas, dan tangan diletakkan di dada*..hati kena bersih..jgn dengki or hati busuk dgn kejayaan manusia lain...tumpang gembira n cuba baiki diri untuk jadi lebih baik..kn bagus kalo mcm tue wahai adik penulisamatur..

sekian heheheh...

Anonymous said...

Mmmm...nak buat FESCO..tapi penganjuran hampeh!

1. Bayar RM10 utk sijil penyertaan setiap sorang????

2. Takde penginapan??? R u kidiing me? Tak pernah di buat org...

3. Makan minum takde takpela, air mineral pun takkan takde kot???

4. Hadiah sedih!!!


Mmm, ni ke penganjur??? Penganjur atas nama dan tempat je kot!!! Terimalah kenyataan...patutlah ramai katanya tarik diri..no wonder

PenulisAmatur said...

cop2 uya...hahaha...
ni aku la...ahli grup sorority =p
kan kat bwh tu aku tulis suh baca ngan nada sinis atau dengan kata lain *mata pandang atas tangan kat dada*... hahaha...

Hakim KOT said...

Kepada Anonymous,

terima kasih atas kritikan dari pihak anda, pihak FESCO amat berterima kasih dan kami akan berusaha lebih untuk memastikan FESCO yang akan datang akan dapat membaiki segala kelemahan kami pada FESCO kali ini.

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang jika mempunyai peluang.

Sekian, terima kasih.

Unknown said...

laaaaaa ko ker encik tuuuuttttttttttttt hahaha...ampeh...aku nk bgtau semua org hahaha...nk sinis jugak...hangin la dgn mentality sesetengah org tue...lain kali bgtau sorority la hahahaha...suke mekkkkkkkkkkkk....jap anynomous nie sape? ltak anynomous nmpk sgt takut hahahah...die slalu klah ker ape smpai x puas hati mcm tue...

encik anynomous: kite nie menari bukan sebab nk hdiah encik oiiii...kite nie nk menaikkan martabat budaya melayu...patut ler kalah kalo x ikhlas...niat kite nk menghiburkan orang bukan nk hadiah...haiyooooo cikgu x ajar eh? encik, jgn menipu la ckp x ade air mineral...buta ke hape? hehehe...berkotak2 air mineral tue...horror la menipu lidah bercabang nie hahahahah...psal penginapan...kalo dh duk sekangkang kera wat ape nk menginap sgt....horror la...

x pham konsep org kalah nk bising2 hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management