Dec 6, 2011

You Are the Apple of My Eye

You Are the Apple of My Eye (那些年,我們一起追的女孩)

Local Release: 10 Nov 2011 (Malaysia)
Directed By: Giddens Ko
Starring: Michelle Chen, Ko Cheng-Tung
Languange: Mandarin
Genre: Comedy / Romance
Running Time: 1 Hour 49 Minutes
Classification: 18
Distributed By: 20th Century Fox


Untuk post kali ini, aku nak menceritakan pasal sebuah filem yang aku baru tgk yang di-introduce-kan oleh bro Lester Chua...actually movie ni adalah based on novel You Are The Apple of My Eye yang ditulis Giddens Ko (柯景騰) tetapi telah diolah sedikit dlm filem ni supaya lebih dramatik..


Filem romantik yang berasal dari Taiwan ini mengisahkan tentang 5 pelajar lelaki yang belajar di sebuah sekolah menengah di selatan Taiwan dimana mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengorat salah seorang rakan sekelas mereka iaitu Shen Chia Yi. Shen Chia Yi adalah seorang pelajar yang bijak yang juga merupakan ketua kelas.


Kisah mereka bermula apabila pada suatu hari pada tahun 1994, Ko Ching-Teng (salah seorang pelajar dari 5 org pelajar itu) telah ditangkap tgh masturbate di dalam kelas dan disebabkan kes itu dia telah ditukarkan tempat duduk dan terpaksa berpindah tempat di depan Shen Chia Yi. Shen Chia Yi amat benci dgn Ko Ching-Teng sbb mamat ni adalah salah seorang pelajar yang bermasalah dlm class.


Tapi pada suatu hari, Shen Chia Yi terlupa utk membawa buku teks ke kelas dan Ko Ching-Teng telah meminjamkan kepadanya dan ini telah menyebabkan dia telah didenda oleh cikgu. Disebabkan kejadian itu, hubungan Shen Chia Yi dan Ko Ching-Teng menjadi semakin akrab dan Shen Chia Yi banyak membantu Ko Ching-Teng dalam pelajaran sehingga berjaya mengubah Ko Ching-Teng menjadi seorang pelajar yang berdekasi terhadap masa depannya.

Selepas tamat zaman persekolahan mereka, Ko Ching-Teng berjaya memasuki National Chiao Tung University manakala Shen Chia Yi pula dapat memasuk National Taipei University of Education. Walaupun terpisah jauh, hubungan mereka tetap terjalin erat dan public phone adalah satu-satunya media yang menghubungkan pada masa itu.


Pada suatu hari, Ko Ching-Teng telah mengadakan sebuah perlawanan tinju antara pelajar di university beliau.  Beliau beranggapan bahawa kekuatan fizikal adalah salah satu element untuk membuktikan kejantanan beliau terhadap wanita. Ko Ching-Teng telah menjemput Shen Chia Yi utk menonton perlawanan itu dan ini telah menimbulkan kemarahan yg amat sngt sbb Shen Chia Yi beranggapan bahawa perangai Ko Ching-Teng terlalu kebudak-budakan dan telah berlaku pergaduhan antara mereka sehingga memutuskan hubungan yang mereka jalin selama ini.

Setelah kawan2 Ko Ching-Teng mendapat tahu bahawa Ko Ching-Teng dan Shen Chia Yi telah berpisah, mereka segera pergi untuk mengorat Shen Chia Yi dan Ah-He yang bernasib baik utk memiliki Shen Chia Yi tetapi hubungan mereka putus selepas 5 bulan. Dalam 2 tahun perpisahan antara Ko Ching-Teng dan Shen Chia Yi, sekali pun mereka tidak pernah berhubung. Pada masa yang sama, Ko Ching-Teng mula menulis web novels sehingga beliau berjaya qualifies untuk research course di Tunghai University selepas beliau tamat pelajaran di National Chiao Tung University.

Pada suatu hari, telah berlaku gempa bumi di Taiwan dan ini adalah kali pertama selepas 2 tahun Ko Ching-Teng telah menghubungi Shen Chia Yi untuk mengetahui keadaannya dan hubungan mereka kembali terjalin tetapi kali ini hanyalah sebagai kawan karib walaupun Ko Ching-Teng cuba pernah untuk menambat kembali hati Shen Chia Yi.


Setahun kemudian pada tahun 2004, Ko Ching Teng telah mendapat panggilan dari Shen Chia Yi yang mengatakan bahawa beliau akan melangsungkan perkahwinan dgn lelaki pilihan beliau dan disebabkan perkahwinan itulah sekumpulan pelajaran ini kembali bersatu dan persahabatan mereka kembali erat seperti zaman dulu. 


Selepas mendapat tahu yang Shen Chia Yi bukan lg milik beliau, Ko Ching Teng kembali meneruskan karya penulisan beliau dan filem ini berakhir dgn penghasilan sebuah web novel oleh Ko Ching Teng yang bertajuk "那些年,我們一起追的女" yang bermaksud "In those years, the same girl we chase".

You Are the Apple of My Eye OST


p/s: thank god that i still can understand the movie without having the subtitles..heheh...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management